Kegagalan kelektromagnetan klasik Keelektromagnetan

Dalam lagi sebuah karya yang diterbitkan oleh Einstein pada tahun yang sama, beliau menghapuskan asas elektromagnetisme klasik dengan teori kesan fotoelektriknya. Teori itu menganjurkan bahawa cahaya wujud dalam bentuk zarah diskret yang kemudian dikenali sebagai foton. Disebabkan teori ini, Einstein dianugerahkan dengan Hadiah Nobel untuk Fizik pada tahun 1921.

Teori Einstein memberi penerangan yang lebih jelas terhadap penyelesaian malapetaka ultraungga yang diberikan oleh Max Planck pada tahun 1900. Dalam karyanya, Planck menunjukkan bahawa objek yang panas memancarkan sinaran jasad hitam, iaitu sejenis sinaran kelektromagnetan, dalam pakej-pakej yang diskret dan pada jumlah tenaga yang terhingga. Kedua-dua keputusan ini bercanggah secara langsung dengan pandangan klasik terhadap cahaya sebagai suatu gelombang selanjar.

Teori-teori Planck dan Einstein merupakan pendahulu untuk mekanik kuantum yang ketika dirumuskan pada tahun 1925, memerlukan rekaan teori kuantum untuk kelektromagnetan. Teori ini yang disiapkan pada dekad 1940-an dikenali sebagai elektrodinamik kuantum (atau "QED"), dan merupakan salah satu teori yang paling tepat dalam bidang fizik.